Friday, October 13, 2006

Apabila Ulutraman berada di JEpun


Apa khabar dan selamat sejahtera..Harap2 anda semua sihat2 belaka disamping orang tersayang.Sebelum kita bincang tentang post hari ini. Sukacitanya aku hendak beritahu yang mana aku akan balik beraya di Kampung Halamanku..Sedih woo !

Walaupun ada orang kata aku anak Mak kononya, tapi aku tak kesah. Bak kata Aiman "Aiman tak Kesah !!"

Sakit juga kalau jadi cam Aiman ni. Nanti semua benda tak kesah jadinya. Kalau nak diikut pada pendapat lain, bagus juga cakap si Aiman tu..Korang fikir, apa maknanya Aiman cakap macam tu?

OK..cukup for introduction. Aku nak tanya, korang kenal tak watak utama dalam kartun yg dipanggil Ultraman? Ya, Dari segi definisi dekat buku Kreko :

Ultraman, hero gergasi merah perak yang muncul sejak 1966 setiap minggu sekali. Mempunyai pelbagai kuasa dan teknik istimewa untuk mempertahankan Bumi daripada ancaman raksasa. Jadi, tahukah anda kesemua kuasa dan teknik istimewaitu?

Haa? Da tau apa itu dan siapa itu Ultraman? AKu sambung sikit lagi cerita pasal ultraman ni.Sebenarnya ultraman jarang bercakap. Kalau cakap pun, dia main telepati. Orang jawa kata firasat dalaman. Orang melayu kata, gerak hati. Orang putih kata, instinct?

Macam biasa, semua Ultraman boleh terbang dan kawal diri di udara. Kebiasanya dia guna sedikit sahaja tenaga untuk keperluan itu..Tapi sayang, ultraman hanya boleh berada di Bumi dalam tempog yg singkat. Iaitu dalam masa 3 minit. Jika dia gagal, dia kene berundurlah..dan secara automatik dia akan jadi manusia balik...Korang faham kan? Macamlah tak pernah tengok cerita ataukartun ini.

p/s : Aku suka ultraman JOe da ULtraman Ace, Yang lain2 aku tak baper sangat kenal..

p/s/s : Aku tengah cari info pasal Gaban Z nih. Tak jumpa2, bila search asik2 tak dapat..

Tuesday, October 10, 2006

Cerita Kartun Doraemon


Hari ini aku nak cerita sedikit pasal kartun. Ataupun dalam bahasa modennya animasi. Kartun yg aku faham dalam definisi akulah sekarang, adalah cerita animasi yg sedang dipelopori oleh orang Jepun dan Korea. Sampaikan orang Putih sendiri tak terlawan dengan idea dan teknologi yg telah dicapai oleh orang dari Asia ini. Aku pun sendiri bangga dengan orang Asia dalam hal ini. Terlalu banyak animasi dalam bahasa Jepun yang telah diterjemahkan dalam bahasa inggeris. Dan tidak kurang juga kita boleh lihat dalam Astro sendiri, terlalu banyak kartun atau animasi yg disiarkan. Pastinya budak2 tidak akan ketinggalan untuk menonton watak kartun kesukaan mereka.

Pernah tengok kartun Doraemon tak? Kartun tentang seorang robot kucing yg takutkan pada tikus. Kucing takut pada tikus? Ini kerana telinga robot kucing itu pernah dimakan atau digigit oleh tikus dan ini menyebabkan Doraemon begitu takut dengan tikus. Logiknya mustahil kucing takutkan pada tikus. Sebabnya itulah makanan diorang. Dan dalam cerita ini, kita diperkenalkan dengan watak lain seperti Nobita, Giant, Sunyo, Sizuka dan laiin2 lagi. Terlalu banyak cerita dan teladan yang dapat diperolehi melalui animasi Kartun ini. Ini kerana aku sendiri peminat setia kartun yg setiap tahun mendapat sambutan hangat ini. Mana tidaknya, sanggup aku kena marah dengan mak sebab asyik tengok kartun nih..Hehe..

Oklah. Kita sambung dengan kartun lain selepas ini. Babai. Pen off.


Monday, October 09, 2006

Online kembali..

Haha !!

Akhirnya streamyx di rumah aku berjay
a dipulihkan setelah sekian lama gagal berfungsi..Adalah dekat seminggu terbengkalai kerja aku nih..haru betul dibuatnya. Harap2 tidak akan berlaku lagi perkara2 sebegini..Sebenarnya perkara ini disebabkan kerosakan yg berlaku pada pencawang kata operator tu. Dek kerana tak puas hati , kawan kat rumah aku siap pergi pejabat streamyx untuk tanya berkenaan hal ini. Diorang cuma kata tunggu minggu depan, mean dalam minggu inilah.. tapi lambat sehari..sebab hari ini dah hari isnin..lambat tetap lambat..tapi kata kawan aku, hari2 yg kitaorang ta dapat online itu akan ditolak..so, tak adalah kami bayar full rent..kiranya bawah rm66 lah gamaknya..

Em..tentang cd dan dvd masih boleh didapatkan dengan pesanan melalui sms. Hanya untuk yg berminat sahaja. Ini cuma untuk menolong sesiapa yg tidak ada perkhidmatan internet di rumah. Sebab mereka tak dapat download secara percuma jadi kami caj harga cd, dvd, burning..kerja memproses dan lain2 lagi. Dan sebenarnya tidaklah mahal berbanding yg lain. Tapi jika anda tahu rumah kami, senang..bawak je dvd kosong, burn sendiri..free of charge..senang kan?
oklah..undur diri dulu.Nak buat kuih raya..