Monday, October 09, 2006

Online kembali..

Haha !!

Akhirnya streamyx di rumah aku berjay
a dipulihkan setelah sekian lama gagal berfungsi..Adalah dekat seminggu terbengkalai kerja aku nih..haru betul dibuatnya. Harap2 tidak akan berlaku lagi perkara2 sebegini..Sebenarnya perkara ini disebabkan kerosakan yg berlaku pada pencawang kata operator tu. Dek kerana tak puas hati , kawan kat rumah aku siap pergi pejabat streamyx untuk tanya berkenaan hal ini. Diorang cuma kata tunggu minggu depan, mean dalam minggu inilah.. tapi lambat sehari..sebab hari ini dah hari isnin..lambat tetap lambat..tapi kata kawan aku, hari2 yg kitaorang ta dapat online itu akan ditolak..so, tak adalah kami bayar full rent..kiranya bawah rm66 lah gamaknya..

Em..tentang cd dan dvd masih boleh didapatkan dengan pesanan melalui sms. Hanya untuk yg berminat sahaja. Ini cuma untuk menolong sesiapa yg tidak ada perkhidmatan internet di rumah. Sebab mereka tak dapat download secara percuma jadi kami caj harga cd, dvd, burning..kerja memproses dan lain2 lagi. Dan sebenarnya tidaklah mahal berbanding yg lain. Tapi jika anda tahu rumah kami, senang..bawak je dvd kosong, burn sendiri..free of charge..senang kan?
oklah..undur diri dulu.Nak buat kuih raya..

No comments: