Tuesday, October 10, 2006

Cerita Kartun Doraemon


Hari ini aku nak cerita sedikit pasal kartun. Ataupun dalam bahasa modennya animasi. Kartun yg aku faham dalam definisi akulah sekarang, adalah cerita animasi yg sedang dipelopori oleh orang Jepun dan Korea. Sampaikan orang Putih sendiri tak terlawan dengan idea dan teknologi yg telah dicapai oleh orang dari Asia ini. Aku pun sendiri bangga dengan orang Asia dalam hal ini. Terlalu banyak animasi dalam bahasa Jepun yang telah diterjemahkan dalam bahasa inggeris. Dan tidak kurang juga kita boleh lihat dalam Astro sendiri, terlalu banyak kartun atau animasi yg disiarkan. Pastinya budak2 tidak akan ketinggalan untuk menonton watak kartun kesukaan mereka.

Pernah tengok kartun Doraemon tak? Kartun tentang seorang robot kucing yg takutkan pada tikus. Kucing takut pada tikus? Ini kerana telinga robot kucing itu pernah dimakan atau digigit oleh tikus dan ini menyebabkan Doraemon begitu takut dengan tikus. Logiknya mustahil kucing takutkan pada tikus. Sebabnya itulah makanan diorang. Dan dalam cerita ini, kita diperkenalkan dengan watak lain seperti Nobita, Giant, Sunyo, Sizuka dan laiin2 lagi. Terlalu banyak cerita dan teladan yang dapat diperolehi melalui animasi Kartun ini. Ini kerana aku sendiri peminat setia kartun yg setiap tahun mendapat sambutan hangat ini. Mana tidaknya, sanggup aku kena marah dengan mak sebab asyik tengok kartun nih..Hehe..

Oklah. Kita sambung dengan kartun lain selepas ini. Babai. Pen off.


No comments: