Friday, January 26, 2007

Naruto

Apa agaknya cerita kartun yang aku nak share dengan korang hari ini? Nampak gaya macam pagi2 ni, aku jarang dapat online. Tapi line internet sekarang asyik putus-putus saje. Macam biskut pulak line nih. Dan ini membuatkan aku agak bengang sedikit.

Nak cerita pasal kartun. Agak-agak korang selain Keluang man dan silat lagenda yang pernah ditayangkan kat television. Apa agaknya kartun yang berjaya meninggalkan kesn pada hati dan otak korang. Maksud aku kartun yang orang Malaysia buatlah. Manalah tau kan, ada yang terkesan dengan korang ke? Siapa tahu kan? Kan?

Semalam aku tengok cerita atau kartun Naruto pada jam 7.30 petang. Kalau tak silap aku hari khamis kartun tu. Dah makin jauh cerita tu. Dan memang best pun kartun tu walaupun dialih bahasakan macam doreamon. At least ada peningkatan dan aku tau rating bagi animasi naruto memang tinggi. Aku sangat pasti dengan hal itu. So, mari kita tengok animasi itu tiap2 petang Khamis..

Ps : Aku jarang tengok tv sekarang..

No comments: