Friday, January 26, 2007

Naruto

Apa agaknya cerita kartun yang aku nak share dengan korang hari ini? Nampak gaya macam pagi2 ni, aku jarang dapat online. Tapi line internet sekarang asyik putus-putus saje. Macam biskut pulak line nih. Dan ini membuatkan aku agak bengang sedikit.

Nak cerita pasal kartun. Agak-agak korang selain Keluang man dan silat lagenda yang pernah ditayangkan kat television. Apa agaknya kartun yang berjaya meninggalkan kesn pada hati dan otak korang. Maksud aku kartun yang orang Malaysia buatlah. Manalah tau kan, ada yang terkesan dengan korang ke? Siapa tahu kan? Kan?

Semalam aku tengok cerita atau kartun Naruto pada jam 7.30 petang. Kalau tak silap aku hari khamis kartun tu. Dah makin jauh cerita tu. Dan memang best pun kartun tu walaupun dialih bahasakan macam doreamon. At least ada peningkatan dan aku tau rating bagi animasi naruto memang tinggi. Aku sangat pasti dengan hal itu. So, mari kita tengok animasi itu tiap2 petang Khamis..

Ps : Aku jarang tengok tv sekarang..

Tuesday, January 23, 2007

Cerita dengan Anime


Apa aku nak menaip pasal anime hari ini??

Ok..korang ada tengok tak anime atau kartun yang tajuk dia Shaman King? tadi baru je aku try tengok balik dan aku rasa seronok plak tengok anime2 cam gitu. Tappi pc aku wat problem plak pagi tadi. Haru betul..

Dan nak dijadikan cerita, aku tengok dan layan sampai dekat 4 episode. Dan membuatkan aku semakin seronok dengan benda-benda gini. Apa yang membuatkan aku boleh layan anime dan kartun-kartun sebegini? Aku pun tak pasti dan mengapa aku berkelakuan sebegini dan yang aku pasti, aku suka dan aku tidak dapat lari lagi daripada benda2 macam ini.

Aku akui aku lemah dan aku perlukan sesuatu untuk meningkatkan keyakinan dan kekuatan aku. Aku tahu aku perlu berbuat sesuatu dan aku tahu hari itu akan tiba. bila? AKu hanya perlu menunggu hari itu tiba pada hari yang sepatutnya aku muncul . Cuma nantikan saja pada waktu itu dan pastinya anda tidak akan menyesal ketika itu.

Bah..sudahlah. Cukuplah aku merepek pasal benda-benda ini semua. Malas sudah aku mahu cakap pagi2 buta begini. Aku mahu tidur sekarang..babai!

Monday, January 22, 2007

Cerita pada pagi ini..

ok..aku tulis sedikit untuk malam ni. Aku perlu tulis sesuatu di ruang kesukaaan aku ini walaupun aku tahu tak banyak info yang boleh aku sampaikan pada korang.

Aku akan lebih berusaha untuk memberikan info dan maklumat tentang dunia komik dan anime yang menjadi kegemaran aku walaupun aku sudah berumur 23 tahun pada tahun ini. Dengan harapan yang menggunung untuk mencapai bintang di malam hari hari, aku perlu nyatakan sesuatu pada malam ini..

Dan aku sudah nyatakan pada bulan dan bintang bahawa aku akan mencapai hajat aku ini. Biar susah sekali manapun aku akan cuba untuk mencapainya dengan harapan, aku akan menggapainya..

OK..cukuplah setakat ini. Kita jumpa lain waktu.

PS : Jam tepat menunjukkan pukul 2.10 pagi.